Panduan Pendaftaran Online

Carta alir ini menunjukkan langkah-langkah yang perlu diikuti oleh ibu bapa untuk mendaftarkan anak ke dalam kelas melalui sistem Yuran.my.

Proses ini terdiri daripada 4 langkah utama:

Langkah 1: Link Pendaftaran🔗

Ibu bapa akan menerima pautan untuk mendaftar. Terdapat dua jenis pautan:

  • Pautan Umum (General Link)
    Contoh: subdomain.yuran.vip/register
    ➤ Ibu bapa perlu memilih kelas yang ingin didaftarkan.
  • Pautan Khas (Specific Link)
    Contoh: subdomain.yuran.vip/register/classcode
    ➤ Kelas telah ditetapkan terlebih dahulu jadi ibu bapa tidak perlu pilih kelas lagi.

Langkah 2: Maklumat Parent👨‍👩‍👧

Sistem akan meminta maklumat berdasarkan status akaun ibu bapa:

2.1 Bagi Ibu Bapa Baharu (New Parent)

➤ Jika belum mempunyai akaun Yuran.my
➤ Isi borang New Parent

2.2 Bagi Ibu Bapa Sedia Ada (Existing Parent)

➤ Jika sudah mempunyai akaun Yuran.my
➤ Log masuk menggunakan Existing Parent Login

Langkah 3: Maklumat Student🎓

Selepas maklumat ibu bapa diisi, maklumat pelajar pula perlu dimasukkan:

3.1 Bagi Ibu Bapa Baharu (New Parent)

➤ Isi borang New Student untuk mendaftarkan pelajar baru.

3.2 Bagi Ibu Bapa Sedia Ada (Existing Parent)

Bagi ibu bapa yang sudah mempunyai akuan Yuran.my, anda ada dua pilihan: 

3.2.1 Pilih Pelajar Sedia Ada (Select Existing Student)

Pilih dari pelajar sedia ada dalam sistem dan tekan butang "Continue". 

Maklumat pelajar akan dipaparkan seperti berikut. Pilih kelas dan tekan butang "Continue"

3.2.2 Tambah Pelajar Baharu (Add New Student)

Tekan butang "Add New Student" dan tekan butang "Continue"

Borang kosong akan dipaparkan seperti berikut. Isi borang dan pilih kelas. Kemudian, tekan butang "Continue"

Setelah selesai isi maklumat pelajar dan pilih kelas, tekan butang "Confirm" untuk serahkan pendaftaran

Langkah 4: Emel Pengesahan✉️

Selepas borang dihantar, sistem akan menghantar emel pengesahan:

  • Untuk Ibu Bapa Baharu:
    ➤ Akan menerima emel yang mengandungi:
    1. Pengesahan pendaftaran kelas
    2. Pengaktifan akaun
    3. Invois yuran pendaftaran (bergantung pada tetapan sistem)
  • Untuk Ibu Bapa Sedia Ada:
    ➤ Akan menerima emel yang mengandungi:
    1. Pengesahan pendaftaran kelas
    2. Invois yuran pendaftaran (bergantung pada tetapan sistem)

Langkah 5: Pembayaran Yuran🧾

Selepas menerima emel:

➤ Ibu bapa boleh buka emel untuk lihat invois
➤ Klik pada butang “Pay Now” untuk membuat bayaran melalui FPX

➤ Resit akan dihantar secara automatik melalui email selepas pembayaran selesai

 


Was this article helpful?