4.0 Pembayaran
Pengguna boleh melihat senarai invois yang masih belum dibayar dan boleh juga melihat senarai invois yang telah dibayar termasuk resit bayaran
Langkah 1: Klik ikon Pembayaran berwarna biru untuk memilih invois yang hendak dibayar
Langkah 2: Pilih invois untuk dibayar dan klik butang "Buat Pembayaran". Pengguna boleh memilih lebih daripada satu invois untuk dibayar
Langkah 3: Pilih bank yang berkenaan untuk membuat pembayaran
Langkah 4: Setelah selesai membuat pembayaran, pengguna boleh memuat turun resit yang telah dipaparkan
Langkah 5: Pengguna juga boleh klik menu Hamburger pada laman utama di bahaian Invois Belum Dibayar bagi melihat senarai invois dan juga resit pembayaran
Video Tutorial:





