2.0 Setup Aplikasi

Cara-cara untuk Log Masuk ke Aplikasi Yuran.my

Pengguna Yuran.my boleh login ke aplikasi dengan menggunakan email yang telah didaftarkan atau menggunakan nombor telefon yang telah didaftarkan

Daftar Sekolah/Organisasi

Sebelum log masuk, pengguna perlu mendaftar Sekolah/Organisasi masing-masing

Langkah 1: Pengguna perlu klik pada butang “Tambah Sekolah/Organisasi

Langkah 2: Masukkan alamat URL sekolah/organisasi anda

Sebagai contoh: https://demo.yuran.vip, pengguna hanya perlu masukkan perkataan “demo” sahaja

Log masuk menggunakan email dan password

Langkah 1: Pilih log masuk menggunakan email

Langkah 2: Masukkan email dan password (nombor telefon) yang telah didaftarkan. Klik butang “Log Masuk” 

Langkah 3: Sekiranya anda terlupa password, anda boleh klik “Lupa Kata Laluan?“. Masukkan Email dan klik butang “Hantar emel pemulihan“ 

Log masuk menggunakan nombor telefon

Langkah 1: Pilih log masuk menggunakan telefon. Masukkan nombor telefon yang telah didaftarkan. Klik butang “Hantar Kod OTP“

Langkah 2: Pilih sama ada anda ingin menghantar kod OTP ke SMS atau Whatsapp 

Langkah 3: Masukkan kod OTP dan tekan butang "sahkan kod"

Video Tutorial OTP Code:


Was this article helpful?